Khamis, 10 Jun 2010

Jika Itu Berlaku Pada Aku



salam.. rasenya dah lama tak update blog ni... masa tu ade, tapi idea yg xde... banyak sangat benda yang nak diceritakan sebenarnya tapi tak tahu mana nak mula... adek aku cakap, kalau nak update blog jangan cerita pasal diri sendiri sebab tak semua orang nak bace entry ko, bila fikir balik ade betulnya, tapi niat aku sbenarnya bukan la nak sangat orang bace kisah hidup aku yang langsung tak best ni, cuma aku tak ade tempat untuk aku luahkan apa yang aku rasa.. that's all...



setiap insan ingin mencintai dan dicintai, macam tu jugak aku... tipu la kalo cakap ko nak hidup sorang-sorang dalam dunia ni.. at least ada seseorang yang istimewa dalam hidup korang... kalo tak korang tak payah hidup, baik mati je kalo hidup nak macam tu... macam mayat hidup jew..


then, after a few years dah bercinta.. kesana kesini bersama, dalam proses nak kenal hati budi memasing... lepas dah tahu ape kesukaan beliau, ape yang beliau tak suka, keserasian akan berlaku... kepada yang tak serasi, kembali semula mencari yang baru... tapi kepada yang dah rasa elok bersama mula lah berfikir untuk langkah seterusnya...





bila dah berkahwin tu, ade orang cakap kita akan lebih kenal siapa sebenarnya pasangan kita... bak kata orang-orang, kelemahan pasangan kita tu adalah kelebihan kita macam tu jugak sebaliknya kalo rasa nak bahagia selamanya... bila sampai lagi satu peringkat dimana masing-masing ada tanggungjawab baru, maknanya kat sini dah ade anak, perubahan tu sedikit sebanyak akan berlaku...





si isteri sibuk dengan membesarkan anak, sehinggakan sampai satu masa si suami terasa kurang perhatian.. dalam pada masa yang sama, si suami sibuk mencari rezeki demi untuk menjaga makan pakai si isteri dan anak yang sedang membesar tu... jadi bila masing-masing terlalu fokus pada matlamat itu, bila terjadi sesuatu yang tak diinginkan mungkin ada pihak yang akan melenting... bagi yang kurang sabar, mula lah ungkit macam-macam... sampaikan benda yang pasangan kita tak suka pun boleh terkeluar dari mulut... pertengkaran mula berlaku...


bila masing-masing dah tak boleh duduk berbincang secara baik, akan ada situasi dimana salah sorang mintak cerai, ataupun diceraikan...


kenapa aku buat entry ni???
sebab benda yang aku tak ingin sekali terjadi depan mata aku dah pun terjadi. takut, sedih, kecewa dan simpati bercampur rasa... aku selalu mendoakan perkahwinan mereka bahagia selamanya... malah dengan kehadiran cahaya mata itu aku berharap yang ikatan kasih antara mereka tak akan putus.. tapi, semuanya tak selancar yang aku harapkan..





masih ada peluang untuk mereka memperbetulkan kesilapan... aku cuma risau memikirkan anak diorang yang masih kecil, baru masuk 7 bulan... aku tak nak tengok suatu hari nanti dia membesar tanpa kasih seorang ayah... ya, memang takdir Allah tak mampu untuk kita menolak, tetapi sekurang-kurangnya berusaha kearah kebaikan semua pihak.. islam tak mengatakan penceraian itu salah, cuma kalo boleh dihindari...


aku cuma terfikir jika suatu saat aku menghadapi situasi ini, macam mana aku akan handle.. melentingkah?? marah kah?? pada masa itu aku berharap yang aku boleh waras dan berfikir segala kebaikan yang pernah pasangan kita lakukan untuk diri ini... walaupun semua tu dah berlalu.. tapi sekurang-kurangnya aku tak pentingkan kehidupan aku sorang.. demi seorang anak yang tak tahu apa-apa, aku rela korbankan perasaan itu... semua orang boleh buat, cuma kebnykannya terlalu selfish...


ntah.. aku tak layak nak bercakap soal ini...
cuma aku takut kalo one day hubungan aku dengan Has akan berakhir dengan penceraian.. bagi aku perkahwinan itu satu mimpi ngeri... bila semua kebaikan dan kenangan manis dilupakan, bila benci menguasai diri, macam-macam boleh terjadi...


ntah la, apa yang boleh aku luahkan cuma aku nak mereka kembali bersatu, dan sama-sama membesarkan anak yang masih kecil tu... dia tak berdosa untuk korang nak menghukum dia dengan tindakan yang macam ni.. berapa ramai yang kita jumpa manusia yang dh rosak, kerana apa?? kerana tak ade perhatian daripada keluarga... semakin hari dunia ni dah tak selamat, kalo anak-anak dah mula percayakan orang luar.. itu satu petanda tak baik...




aku hanya mampu mendoakan kebahagian berpihak kepada mereka kembali... seperti zaman percintaan mereka dulu... aku harap diorang akan buat keputusan untuk masa depan anak diorang jugak... aku hanya mampu berdoa...


p/s : entry aku kali ni tak ade short form, kenapa ye??

Tiada ulasan:

nuffy

Pengikut